PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN

LATIHAN KEUSAHAWANAN

  • PROTÉGÉ ENTREPRENEURSHIP INTERN
    • 4 bulan penempatan latihan bersama IDE Start-up atau Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan operasi perniagaan sebenar.
  • PROTÉGÉ BOOT-CAMP
    • 3 hari boot-camp bertujuan untuk membimbing usahawan baru membangunkan pelan perniagaan serta mendapatkan pembiayaan dari Institusi Pembangunan Kewangan sehingga perniagaan berjaya dimulakan
  • PROTÉGÉ BUSINESS ACCELERATOR
    • Latihan akselerator perniagaan intensif untuk peserta yang telah memulakan perniagaan mereka dengan latihan khusus yang disesuaikan untuk mengisi jurang pengetahuan dan kemahiran mereka
  • PROTÉGÉ CO-OP
    • Membimbing belia untuk membentuk Koperasi dan menyediakan latihan yang relevan
  • PROTÉGÉ IN ICT
    • Melatih peserta dengan kecenderungan keusahawanan ke arah platform berasaskan teknologi termasuk perniagaan dalam talian

LATIHAN KEBOLEHPASARAN

  • PROTÉGÉ READY TO WORK (RTW)
    • Menyediakan peserta dengan latihan professional termasuk termasuk pengenalan kepada modul kemahiran Keusahawanan melalui Latihan Kemahiran Insaniah serta Latihan Perindustrian bersama Syarikat Pelaksana untuk pengalaman pekerjaan
  • PROTÉGÉ BOOSTER
    • 7-modul Latihan Kemahiran Insaniah yang komprehensif untuk graduan yang dilaksanakan dalam jangka masa pendek sebagai persediaan menghadiri temu duga segera bersama Industri
  • PROTÉGÉ FOR INDUSTRY
    • Menyediakan peluang pekerjaan untuk graduan dengan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui sistem padanan kerja dalam talian PROTÉGÉ

       

******************************************************************************************************************************************************************************

PROTÉGÉ READY TO WORK (RTW)

   PELAKSANAAN SECARA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

  1. KUMPULAN SASARAN
  • Graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari universitI tempatan atau luar Negara yang masih menganggur selepas tamat pengajian
  • Graduan yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal dikawasan pedalaman
  1. STRUKTUR LATIHAN

  1. SYARAT PENYERTAAN PESERTA
  1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited
  2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dan ke atas
  3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara
  4. Graduan perlu menghadiri temu duga PROTÉGÉ. Kegagalan memberi maklumbalas atau mengahdiri temu duga bermaksud graduan tidak lagi berminat dan tidak lagi memerlukan bantuan melalui PROTÉGÉ. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suai padan dengan syarikat.
  1. SYARAT PENYERTAAN SYARIKAT
  1. Sebuah syarikat yang telah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang setara dengannya.
  2. Syarikat yang telah mengemukakan pelan struktur latihan yang bakal dijalankan dan mendapat kelulusan dari Sekretariat PROTÉGÉ untuk melaksanakan Program
  1. INSENTIF KEPADA SYARIKAT
  • Insentif Potongan Cukai Berganda

i. Warta Kerajaan P.U. (A) 260 dan P.U. (A) 53

ii. Insentif hanya kepada syarikat yang mengambil peserta dari kalangan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda sahaja

 

PELAKSANAAN BERDASARKAN ARAHAN 1PP/PK 1.2
1. KUMPULAN SASARAN

  • Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari universitI tempatan atau luar Negara yang masih menganggur selepas tamat pengajian
  • Graduan yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman

2. STRUKTUR LATIHAN
Lampiran 3
3. SYARAT PENYERTAAN PESERTA

  • i) Graduan mestilah Warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited
  • ii) Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • iii) Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara
  • iv) Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang di terima
  • v) Graduan perlu menghadiri temu duga PROTÉGÉ. Kegagalan memberi maklumbalas atau mengahdiri temu duga bermaksud graduan tidak lagi berminat dan tidak lagi memerlukan bantuan melalui PROTÉGÉ. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suai padan dengan syarikat.

4. SYARAT PENYERTAAN SYARIKAT

  • i) Syarikat penerima Kontrak Perolehan Kerajaan yang telah memenuhi kriteria dan diwajibkan pelaksanaan Program PROTÉGÉ Ready To Work (RTW) mengikut arahan 1PP/PK 1.2
  • ii) Sebuah syarikat yang telah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang setara dengannya.
  • iii) Syarikat yang telah mengemukakan pelan struktur latihan yang bakal dijalankan dan mendapat kelulusan dari Sekretariat PROTÉGÉ untuk melaksanakan program


5. INSENTIF KEPADA SYARIKAT

- Insentif Potongan Cukai Berganda

  • Warta Kerajaan P.U. (A) 260 dan P.U. (A) 53 Insentif hanya kepada syarikat yang mengambil peserta dari kalangan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda sahaja